DANA KECEMASAN:
RM5.2 JUTA DIPERLUKAN BAGI MENERUSKAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU BAGI 8 BUAH CAWANGAN MTQ ADDIN & WAKAF KITAB
Bermula tahun 2000, dengan dasar satu daerah satu tahfiz, Yayasan ADDIN mula membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama memajukan bidang tahfiz ini dengan mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak maahad tahfiz.
Alhamdulillah, perkembangan yang pesat tahfiz ADDIN ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, sehingga kini jumlah keseluruhan intitusi tahfiz di bawah Yayasan ADDIN adalah sebanyak 27 cawangan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 buah cawangan bagi Menengah Rendah Tingkatan 1,2 dan 3 manakala 4 buah cawangan bagi Menengah Atas Tingkatan 4,5 dan 6 (STAM), 5 buah cawangan Tahfiz Vokasional ADDIN kerjasama Kolej Komuniti, GiatMara, IKM, 1 buah Kolej Diploma Tahfiz dan 1 buah Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN.
Seterusnya dapat membuka peluang untuk menerima lebih ramai pelajar dalam satu-satu masa. Kurikulum yang digunakan oleh Yayasan ADDIN ialah kurikulum integrasi iaitu gabungan kurikulum agama, akademik dan tahfiz secara serentak.
Pada Disember 2014, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat ADDIN Perak (YAYASAN ADDIN) mengorak langkah maju ke hadapan dengan memetrai perjanjian persefahaman dengan Darul Quran JAKIM yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat menghafaz Al-Quran ke peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat.
Siling sekolah yang mengalami kerosakan akibat sistem pengairan air hujan di bumbung perlu dibaikpulih segera
"KAMI TIDAK MAHU FOKUS ANAK-ANAK PELAJAR TERGANGGU AKIBAT KEPADATAN PELAJAR DI DALAM SESEBUAH KELAS"
Ekoran daripada permintaan masyarakat terhadap pengajian tahfiz semakin meningkat, Yayasan ADDIN terpaksa membina bangunan baru dan menambahbaik fasiliti sedia ada serta kami juga menyediakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
SKIM WAKAF KITAB ini bermula pada tahun 2019, dimana para pelajar tidak perlu membeli buku teks tetapi mereka diberikan buku wakaf, sekaligus meringankan beban ibu bapa yang berjumlah hampir 1,500 pelajar di semua cawangan MTQ ADDIN.
Inisiatif ini bagi menyediakan kelengkapan yang jauh lebih selesa dan luas buat pelajar. Hal ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan pelajar. Dengan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, ibu bapa akan berasa bangga terhadap anak-anak mereka.
Keadaan tandas pelajar yang daif dan tidak terurus ini perlu dibaiki segera agar tidak menjejaskan keselamatan pelajar di sini
Kos pelaksanaan kempen ini sudah tentunya memakan belanja yang besar kerana jumlah pelajar MTQ ADDIN yang ramai.
Kami membuka peluang untuk anda berinfak membantu generasi Al-Quran belajar dengan lebih selesa. Diharapkan dengan bantuan sumbangan anda dapat mengukir senyuman di bibir anak-anak ini.
InsyaAllah dengan setiap huluran sumbangan, Tuan Puan bakal dikurniakan hidup yang barakah dan akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
JIKA ANDA BERNIAT UNTUK WAKAF KITAB, SILA BERHUBUNG DENGAN WAKIL PENGURUSAN YAYASAN ADDIN BAGI URUSAN SELANJUTNYA.