Akaun yayasanaddin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SIAPA YANG NAK MURAH REZEKI?

“Ini peluang anda! JOM cukupkan dana untuk bantu anak pelajar & golongan tidak berkemampuan di Yayasan ADDIN”



Siapalah yang tak nak murah rezeki? Rasanya tiada lagi yang doa supaya sempitkan rezeki. Mahu rezeki senang masuk ada satu tips murah rezeki yang paling senang nak buat. Tapi ramai yang takut nak buat.


NAK TAHU APA?


BERSEDEKAH. Senang kan? Senang cakap, tapi ramai yang takut nak buat. Takut bajet bulanan lari, tak pun missed soru. Jadi dia lebih rela senyum saja bila tabung masjid atau posting Facebook, Instagram melintas. Sebab apa? Yelah, kan senyum pun sedekah.



TUJUAN PENUBUHAN


Bermula tahun 2000, dengan dasar satu daerah satu tahfiz, Yayasan ADDIN mula membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama sama memajukan bidang tahfiz ini dengan mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak maahad tahfiz seterusnya dapat membuka peluang untuk menerima lebih ramai pelajar dalam satu-satu masa. Kurikulum yang digunakan oleh MTQ ADDIN ialah kurikulum integrasi iaitu gabungan kurikulum agama, akademik dan tahfiz secara serentak.


Di peringkat menengah rendah, kurikulum yang digunakan lebih tertumpu pada pengajaran tahfiz dan agama. Bagi peringkat menengah atas pula kurikulum yang digunakan masih menggunakan konsep kurikulum integrasi namun tumpuan lebih diberikan kepada penguasaan mata pelajaran akademik terutama mata pelajaran wajib lulus diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia di samping beberapa penambahan mata pelajaran agama.


Pada Disember 2014, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Perak (Yayasan ADDIN) mengorak langkah maju ke hadapan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Darul Quran JAKIM yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat menghafaz al Quran pada peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al Qiraat.




ALAMAT YAYASAN


Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia, Taman Sin Lok, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh Perak.



TUJUAN KEPERLUAN


JUN 2021, bagi merealisasikan hasrat pewaqaf dan permintaan masyarakat terhadap pengajian tahfiz ini, Yayasan ADDIN amat berharap untuk mendapatkan sejumlah dana bagi menampung kos-kos seperti berikut:



Membiayai kos bil utiliti.

Tajaan yuran kepada anak yatim dan fakir miskin.

Pembinaan bangunan baru bagi menampung pertambahan pelajar setiap tahun.

Bangunan sedia ada yang perlu dinaik taraf dan ada yang perlu dibuat kerja-kerja penambahbaikan.




Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sempurna dan lengkap.

Menganjurkan kursus-kursus kepada guru, kakitangan bukan guru dan pelajar tahfiz.

Kemudahan pembelajaran seperti kerusi, meja dan alat bantu mengajar terkini.



Menganjurkan program sukan tahunan dan hari kokurikulum kepada semua cawangan MTQ ADDIN.

Menganjurkan lawatan kerja penanda aras kepada pentadbir MTQ ADDIN.



KELEBIHAN DANA SUMBANGAN


Bagi merealisasikan hasrat pewaqaf dan permintaan masyarakat terhadap pengajian tahfiz ini, sesungguhnya dana dari anda semua mampu mewujudkan satu institusi pendidikan bersistem wakaf. Ganjaran pahala yang berkekalan dan berlipat ganda kepada penyumbang selama mana ia dimanfaatkan untuk ummah.



Sebagai sebuah pusat pendidikan yang sudah lama berkembang, Yayasan ADDIN telah memainkan peranannya yang cukup besar dalam bidang pendidikan selain daripada memelihara kalam Allah swt, antaranya:


✅ Pusat Interaksi

Pusat Transformasi

✅Menyediakan Tenaga Mahir

✅ Menanamkan Semangat Patriotik

  Memenuhi Keperluan Masyarakat

 Pusat Pembelajaran Seumur Hidup

 Memajukan Harta Waqaf Dan Infaq

 Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara


Alhamdulillah, sumbangan anda semua amat membantu dalam membangunkan sebuah kompleks pendidikan yang memberi manfaat buat keseluruhan masyarakat sejagat.




KEMANA WANG SUMBANGAN ANDA DISALURKAN...


Sumbangan keseluruhan yang diperlukan adalah kira-kira sebanyak RM 7,400,016.00Sudah pasti dengan jumlah yang agak besar ini, akan disalurkan kepada tujuan yang betul-betul diperlukan kerana ini merupakan amanah daripada anda semua yang menyumbang.


Berikut disenaraikan secara terperinci tujuan dana yang diperlukan:


JUMLAH KESELURUHAN KOS PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF

= RM 5,197,620.00

 

JUMLAH KESELURUHAN KOS PENGURUSAN DAN GAJI KAKITANGAN

= RM   476,400.00

 

PEMBIAYAAN YURAN

ANAK YATIM 40 ORANG + FAKIR MISKIN 214 ORANG

254 orang x RM 350 x 12 bulan = RM 1,066,800.00

 

KOS BIL UTILITI ELEKTRIK

RM 2,990 x 12 = RM 35,880.00

Bil Air RM 1,193 x 12 = RM 14,316.00

Jumlah Keseluruhan = RM 50,196.00

 

KURSUS PEDAGOGI

RM 30,000 x 4 = RM 120,000.00

Kakitangan Bukan Guru RM 15,000 x 3 = RM 45,000.00

Pelajar Tahfiz RM 30,000 x 4 = RM 120,000.00

Bengkel Pemurnian Soalan Peperiksaan RM 12,000 x 2 = RM 24,000.00

Lawatan Penanda Aras RM 50,000 x 2 = RM 100,000.00

Bengkel Peningkatan Prestasi 10,000x 3 = RM 30,000.00

Jumlah Keseluruhan = RM 439,000.00

 

MESYUARAT PELBAGAI PERINGKAT

= RM 50,000.00

 

AKTIVITI KOKURIKULUM

SUKAN TAHUNAN = RM 35,000.00

PERINGKAT NEGERI = RM 40,000.00

PERINGKAT KEBANGSAAN (KERJASAMA JAKIM) = RM 45,000.00

Jumlah Keseluruhan = RM 120,000.00

 

TAJAAN/SUMBANGAN PEMBELIAN KENDERAAN

Pembelian 1 buah bas sekolah

Pembelian 17 buah kenderaan pelbagai guna (MPV/Van)

Pembelian 2 buah kereta untuk kegunaan penaziran dan pentadbiran


KEMPEN BANTUAN KECEMASAN

YAYASAN ADDIN

RM 7.4 JUTA


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG


Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:


PAKEJ EXCLUSIVE = RM300

PAKEJ PREMIUM = RM200

PAKEJ DIAMOND = RM100

PAKEJ BRONZE = RM50

PAKEJ STANDARD = RM30


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:


BANK RAKYAT

1100121925

YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN

REFERENCE: 2021


*Sila letakkan reference “2021” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.



ALHAMDULILLAH, dalam jutaan rakyat Malaysia, sudah tentunya anda adalah insan terpilih yang sudi membaca penulisan ini hingga habis.


Jutaan terima kasih buat anda yang sudi untuk berkongsi rezeki bersama anak-anak pelajar dan warga Yayasan Addin. Jujur saya katakan, anak-anak tahfiz sangat bersyukur dan berbesar hati menerima sumbangan dan sokongan yang tidak pernah pudar daripada anda semua!


ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH!


Penafian:


1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.

4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60 19-4121371 ( Wakil Pengurusan Yayasan ADDIN).